Panduan wajib ada sebagai peminat arnab

Wednesday, January 11, 2012

Sedia menjawab persoalan tentang ARNAB

Salam,

Anda mempunyai banyak persoalan tentang arnab kesayangan anda..pihak Arnabku bersedia untuk menjawab segala persoalan anda . Sebab kebanyakkan visitor yang singgah ke blog ini yang bertanyakan bermacam-macam soalan. ada yang email..so arnabku nak bahagikan ketegori beberapa soalan yang fames
1. Arnab mengandung
2. Makanan arnab
3. Penyakit arnab
4. Cara mengawan

Jika anda ada persoalan, boleh tinggalkan komen untuk saya menjawabnya. selagi persoalan itu boleh dijawab..arnabku manja akan cuba menjawabnya :)
Kalau suka dengan cadangan ni, bolehlah share dengan kawan-kawan lain ye

Monday, December 26, 2011

Selamat Tahun Baru!!

Selamat Tahun Baru 2012!!
Salam semua,
Arnabku Manja nak ucapkan selamat tahun baru 2012..mcm mana azam anda? dah tercapai? kalau dah..syukur..kalau belum bawak ler ke tahun hadapan lagi ye..hehehe

Sepanjang tahun 2011, pelbagai kisah pahit manis yang berlaku..ini lah yang ingin arnabku kongsikan..mesti anda tertanya-tanya mengapa gambar-gambar arnab yang comel-comel dah kurang?hehe..inilah yang arnabku nak bagitau..sebenarnya di awal tahun 2011, arnabku telah mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan..tapi postingnya kat semenanjung..huhu jauhlah pulak..yelah, sebelum ni arnabku tidak berkerja, hanya jalankan perniagaan arnab secara kecil-kecilan kat sabah nie..(syukurkah, ade jugak pendapatan) so, pikir punya pikir untuk masa depan..arnabku terimalah tawaran tu dan bermulalah ke'busy'an arnabku melakukan tugasan harian..bagun pagi g keja..mengadap bos dan mcm2 lagi..tu yang tak sempat nak update blog ni..

Mesti anda tertanya-tanya tentang perniagaan arnab kan?hehe..sebenarnya perniagaan arnabku masih berjalan seperti biasa, cuma arnabku dah bg mak untuk ambil alih dan menjaga arnab-arnab kesayanganku..huhuhu.. sejak dah bagi orang lain jaga..paham-paham je lah..ada lah arnab yang mati..anak-anak yg lahir pun tidak jadi..maklumlah mak saya tu baru je blaja..

Dah lama2..oklah jugak..pandai dah nak tgk kesihatan arnab, mcm mana nak tahu arnab nak beranak, mcm mana nak kawinkan arnab..huhu tapi nak sampai ke tahap tu susah lah jugak, banyak juga nyawa arnab yang diperlukan.heheheh..tapi apa-apapun semua tu adalah hikmah..

So, untuk azam seterusnya..arnabku nak pelihara arnab kat semenanjung la pulak, maklumlah sangat minat dengan arnab ni, tapi tempat yang sesuai belum dijumpai..so harapan arnabku, agar azam ni dapat dilaksanakan..

Sampai disini sahaja yang dapat arnabku tuliskan..semoga berjumpa lagi.
wasalam..

Saturday, December 3, 2011

Teknik memegang arnab dengan betul

Salam..

Dah lama rasanya arnabku manja ni tak menulis..ok, harini arnabku nak kongsi bagaimana cara memegang arnab dengan betol. Sumber ni arnabku dapat daripada blog: http://arnab-impian.blogspot.com/2010/10/cara-pegangan-arnab.html. bagi yang baru memiliki arnab, ni cara memegang dengan betul
Cara memegang arnab dengan betul

Ok, jadi boleh lah prektis bagaimana nak pegang ok..gambar di bawah ini pula adalah teknik memegang yang salah. Anda perlu elakkan supaya otot arnab ni akan rosak serta telinga akan sakit

So semua dah tahu kan?jd sama-samalah kita menjaga arnab dengna baik ok :)

Monday, September 19, 2011

Selamat Hari Raya!!

Salam...

Diharap belum terlambat untuk arnabku manja untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca setia blog arnabku manja...syukur alhamdulillah..tahun ini dimurahkan rezeki untuk menyambut hari raya. Banyak anak-anak arnab dilahirkan..dan semuanya habis dijual. mesti anda tertanya2 di manaka arnabku manja jual arnab? hehe..sebenarnya arnabku manja menjadi supplier kepada perniaga pet shop di daerah Sabah.. memang busy lah jugak untuk menguruskan perniagaan ini..sebab tu kadang2 lambat nak update blog

So, kepada para pembaca yang bertanya soalan berkaitan arnab, arnabku manja harap segala kemusykilan anda terjawab. dan arnabku manja akan berusaha untuk memberi pandangan yang terbaik.

Oklah, sampai sini saja update yang dapat ditulis..semoga berjumpa lagi

Tuesday, June 21, 2011

Kediaman arnab

salam...

Hari ini arnabku manja nak share sedikit tentang tempat tinggal arnab, sebab tempat tinggal arnab ni atau nak senang cakap sangkar arnab sangat penting di dalam pemeliharaan arnab. Sangkar arnab mestilah bersih, sihat tidak berkarat dan sentiada berada dalam keadaan baik atau tidak rosak. sangkar yang tidak baik akan menyebabkan arnab kita tidak ceria, muram, dan boleh mengakibatkan penyakit seperti keguguran bulu dan sebagainya. Sangkar arnab ni ada banyak..namun yang berada di pasaran kita ni adalah seperti ni..
        
Sangkar seperti ini bagi sesiapa yang baru berkecimpung di dalam dunia pemeliharaan arnab, tp bagi yang dah expert atau nak kelainan, boleh lah menyediakan tempat tinggal seperti ini..
       
Sangkar seperti di atas adalah kegemaran arnabku manja..kerana arnab lebih bebas bermain dan sangkar ini sesuai bagi arnab betina yang hendak beranak kerana apabila arnak arnab tu membesar, kita akan seronok melihat anak arnab bermain2. Sangkar yang seterusnya adalah berbentuk lapangan..
Sangkar lapangan ini boleh disediakan samada nak yang luas atau kecil, tp sangkar jenis ini perlu berhati-hati jika anda ada memelihara binatang lain seperti kucing dan anjing kerana binatang ini akan mencederakan arnab. Sekarang arnabku manja memiliki sangkar lapangan. di sini arnab bebas hidup secara semulajadi
Oleh itu, bagi memastikan arnab kita sentiasa sihat, kita kena pastikan kebersihan sangkar sentiasa terjamin, untuk mematikan kuman pada sangkar hendaklah sangkar tersebut diasapkan sebulan sekali.



There was an error in this gadget