Panduan wajib ada sebagai peminat arnab

Monday, February 8, 2010

Arnabku sakit (Keguguran bulu dan cirit-birit)

Seminggu yang lalu beberapa ekor arnabku telah sakit teruk, ada yang mengalami cirit-birit dan ada yang  mengalami keguguran bulu, mungkin disebabkan jangkitan hama kot. Memang sedih lah melihat arnabku yang semakin kurus kerana tidak bermaya akibat tidak makan selama beberapa hari, bagi yang terkena hama tu, bulu2 gugur dan kulit badan kelihatan merah. Jika masalah ini tidak diatasi, kemungkinan arnabku akan mati dan habis botaklah badannya.
Pada mulanya memang tidak tahu apa nak dilakukan sebab ini pertama kali berlaku sepanjang pemeliharaan arnab, akhirnya saya mencuba mencari penyelesaian untuk menghantar terus ke klinik haiwan. langkah yang paling senang n cepat.heheheh..syukur alhamdulilah..kata doktor venterinar tersebut..penyakit ini masih dapat dikawal..oleh itu, arnabku yang mengalami cirit birit telah diberi makan ubat cacing dan disuntik air kedalam badan. manakala bagi yang mengalami keguguran bulu diberi suntukan  Invermectin, mungkin suntikan ni untuk menghapuskan hama-hama tu kot.hehehe..tapi rawatan ni kena kerap dilakukan di klinik tersebut..jadi terpaksalah setiap 2minggu kena datang untuk disuntik sehingga arnabku betul2 pulih.

Arnab yang mengalami cirit-birit,menyebabkan tahi arnabku dalam keadaan cair, dan sangat berbau,tidak seperti biasa. pada peringkat awal, arnab menjadi tidak bermaya, tidak aktif, kurang makan dan minum dan paling teruk badan menjadi sangat kurus dan akhirnya akan mati. walaupun jika dilihat penyakit ini macam perkara biasa, namun ia tetap menyebabkan tuannya tidak tenang.hehehe..walaupun arnabku telah dibawa ke klinik haiwan, namun dia tetap tidak mahu makan dan minum..jadi untuk mengelakkan ia terhidrat, LazzyBunny telah menyarankan untuk menggunakan kaedah ORT.  dimana campuran larutan disediakan iaitu: 
1 cawan air bersih
2 camca teh gula
1/4 camca teh baking soda 
secubit kecil garam
Cecair ORT ini diberikan secara oral dengan menggunakan syringe. Cecair ORT ni diberikan sekerap mungkin sehingga arnab pulih. Arnabku memang suka cecair ORT ni, selain daripada itu, saya mengurangkan kuantiti pallet dan memberikan sedikit lobak merah dan daun ulam raja. Sangkar arnab juga dibersihkan. untuk mengelakkan arnab berbau dan diserang dengan lalat yang banyak, bontot arnabku sentiasa di bersihkan dengan air bersih, Syukur alhamdulilah..dalam 4 hari selepas tu, arnabku semakin sihat, dan mampu untuk bergerak suda. Saya cuba mencari sebab boleh berlakunya penyakit ni, mungkin disebabkan arnabku telah memakan rumput yang telah tercemar dan secara berlebihan, selain daripada tu, sangkarnya yang kotor kerana telah lama tidak dibersihkan dan terkena jangkitan daripada tanah.
Mengubati arnab yang sakit memang satu pengalaman yang baru buat arnabku..nasiblah setakat ini tidak berlaku apa2 lagi kematian. Tapi pengalaman ni memang menyeronokkan kerana aku lebih mengenali lagi dengan dunia penternakan arnab dan menguji kesabaran aku.

16 comments:

  1. hmmm..arnab saya pun mengalami cirit birit...saya akan berusaha untuk pulih kan arnab kesayangan saya..saya ikut ape yg akak tulis...terima kasih kerana bagi idea untuk mengatasi haiwan itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang kalau pegi klinik veterinar kan.....mahal tak harga nk rawat arnab tu....arnab saya pun tengah macam ni....risau saya...

      Delete
    2. kalau klinik swasta mahal x harganya....

      Delete
  2. salam...
    berapa charge yang dikenakan untuk penyakit cirit birit di klinik haiwan yang u pegi tu.

    ReplyDelete
  3. arnab saya x nk mkn..sedih sngt....mle2 dia gemok..tapi slpas sya bgi dia mkn sayur...dia kelihatan lemah dan x bermaya......

    ReplyDelete
  4. apa ubat yg bleh diberi kepada arnad saya?

    ReplyDelete
  5. arnab saya baru tadi mati..saya n suami sedih sgt..tinggal 1 lagi arnab yang saya ada,mesti dia sedih takde kawan..macam mana saya nak buat arnab saya happy?

    ReplyDelete
  6. siapa boleh buatkan reban untuk arnab saya?0123350064

    ReplyDelete
  7. arnab saya sakit la....cam mana nak buat ni yeeeeeeee????????

    ReplyDelete
  8. charge untuk klinik haiwan kerajaan murah je..dalam rm3-6 sekali rawatan.. kalau ada masalah boleh terus email kat saya mohdismailasamwi@gmail.com

    ReplyDelete
  9. * pembetulan email
    mohdismailasmawi@gmail.com

    ReplyDelete
  10. salam,

    utk rawatan cirit-birit, bole juga bagi arnab minum yakult sehingga pulih.

    ReplyDelete
  11. Oh yeker? berkesan pantas ke? tq kerana berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
  12. arnab saya baru je mati tadi........sedih....saya bagi dia cecair ORT tu tapi x berjaya....dua minit lepas tu dia mati...kesian...dia kurus sangat....tinggal kulit dengan tulang je.....

    ReplyDelete
  13. sedih.... arnab sya dh tiga ekor mati.. huhu sebaba cirit birit

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Memandangkan follower di blog ini mahukan penawar yang brkesan untuk mengatasi penyakit cirit birit arnab, so di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu penawar yang amat mujarab untuk diberikan kepada arnab anda jikalau ia terkena penyakit tersebut.
    Jika anda mahukan penawarnya, anda boleh order penawar tersebut di webpage ini:

    Penawar Kesihatan Yang Berkesan Untuk Arnab - klik sini

    ReplyDelete

There was an error in this gadget