Panduan wajib ada sebagai peminat arnab

Sunday, April 4, 2010

Mengenal pasti arnab nak beranak

Salam kepada semua...

So, hari ni arnabku manja hendak berkongsilah sedikit tentang bagaimana nak memastikan bahawa arnab hendak melahirkan anak, setelah hampir sebulan mengandung. So, ini berdasarkan pengalaman dan sedikit pembacaan lah mcm mana nak cam seekor arnab tu nak beranak.

Pertama sekali 3-4 hari sebelum kelahiran, bulu2 arnab betina akan keguguran. bulu2 yang gugur ni bukan sedikit tau. ia banyak. jd bila nampak sahaja tanda ni, arnab betina tersebut hendaklah diasingkan daripada jantan dan diletakkan di dalam sangkar yg lebih besar dan letakkan kotak2 tempat beranak.

Petanda lain adalah, tahi arnab betina tidak keras(lembut) dan kadang kala berbau. dan selain itu, badan arnab atau berat badan arnab akan meningkat mendadak, perut nampak buncit. Jika arnab betina ni tidak diasingkan drpda jantan, anak2 arnab kemungkinan akan dicederakan atau dimakan.

So sampai sini saja tips untuk hari ni...Insya-Allah..saya akan berkongsikan bagaimana hendak mengahwinkan arnab2 peliharaan kita : )

26 comments:

  1. saye tak pernah pula dgr perkataan tu. Apa ciri2 yang berlaku kalau kena pseudopregnancy? tapi kalu mengikut takrifan perkataan, ia lebih kepada bunting palsu kot. nak tahu lebih lanjut kena tanya dokter haiwan lah

    ReplyDelete
  2. mengapa ibu arnab memakan anaknya yang baru beberapa jam lahir?

    ReplyDelete
  3. mungkin disebabkan anak tu dah mati dah..kalau anak tu dah mati, biasanya ibunya akn memakan

    ReplyDelete
  4. rabit kt umh saya ni dh separuh gugur bulunya..agk2 brape ari lg nk lhir tu...kucing slalu datang kt arnb..agk2 kucing mkn x ank arnb tu..risau plk...

    ReplyDelete
  5. berdasarkan pengalaman saya, bila bulu dah cabut separuh, dalam 1-2 hari lg nak beranak tu. Kucing antara musuh utama arnab. pengalaman saya, ade 2,3 ekor yang dah mati di tgn kucing. so hati2..pastikan sangkar arnab tu tutup dgn pelastik wrap yang lutsinar

    ReplyDelete
  6. soo cute and cute~~~

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. macam mana nak confirm arnab tu mengandung ke tak ee???

    ReplyDelete
  9. badan arnab akan nampak lebih gemuk sedikit..bila rasa pada bahagian bawah perut arnab, boleh rasa ketulan2..menandakan ada anak arnab dlm tu. arnab akan menjadi kurang aktif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macamtu berapa hari lagi mahu melahirkan anak

      Delete
    2. dalam 3-4 hari lagi akan beranak lepas arnab betina tu cabut bulu

      Delete
    3. tapi sudah 1 bulan dah, tak beranak pun

      Delete
  10. salam.. saya ada seekor rabbit tak pasti larr mengandung kerw tak tapi kat bawah perut memang ada rasa macam ketulan2 dan juga tahi rabbit tue lembut jerw tak mcm biasa.. agak2 kenapa tue rabbit saya mengandung atau pun cirit-birit..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...
      berdasarkan keadaan arnab missE, nampaknya arnab tu mengandung, so kena asingkan arnab tersebut dan sediakan bakul untuk beranak ye

      Delete
  11. salam , di bahagian bawah arnab saya mempunyai sesuatu seperti ketulan yg berwarna merah jambu kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,
      ketulan tu dari kulit atau bulu? saya kurang pasti berkenaan hal ini

      Delete
  12. mcm mana nk bela arnab kalu bela kt rumah.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu penjagaan arnab ni penting, bagi yang tidak ada pengalaman memang susah nak menjaganya, kadang2 arnab akan sakit.

      Mula2 kena tahu jenis arnab yang dijaga, penyakit2, dan cara pemakanannya.

      Kedua kena tahu sifat2 arnab.

      yang penting, sangkar arnab tu perlulah selesa, bersih dan arnab dimandikan setiap bulan bg mengelakkan bulu arnab gugur.

      Rasanya, panduan penjagaan arnab ni boleh membantu untuk menjaga arnab dengna lebih baik.

      http://bit.ly/penjagaanarnab

      InsyaAllah, mungkin jika berkesempatan saya akan kongsikan sedikit dalam entry yang seterusnya :)

      Delete
  13. salam sy nak tya nape bila sy nak bg yg betina kat jantang utk mengawan tapi si jatang 2 asyik nak gigit yg betina lepas 2 gigit kaki yg betina..las2 yg betina pon asyik duk lari lah..mcm 2 ek nak bt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarkan sahaja sebab tu adalah sifat semulajadi arnab ketika mengawan. tp jgn campur lama sgt, dalam 5minit pagi dan petang suda memadai

      Delete
  14. Arnab sy klihatan bunting krana dia dh mula mmbuat sarang n perut dia mula membesar...sy juga ada terasa sperti bola2 di perutnya dmana sy pernah mmbaca bahawa itu adlah anak arnab...tpi sjk arnab sy bgadoh ngan arnab lain perutnya mengempis n sy tpikir dia sudah branak tpi puas sy cari tpi x jmpe pon anak arnab tuh..ada kemungkinan ke dia mengalami keguguran??

    ReplyDelete
  15. salam, saya nak tanya, kenapa arnab saya dia buat bunyi macam meniup ey ?

    ReplyDelete
  16. Salam, arnab Teddybear betina saya ade menunjukkn perbezaan ketara spt kurang makan, kurang aktif, suka menyendiri dr arnab lain. Dan saya sering nampak dia mencakar lantai. Umur arnab dlm lingkungan 4-5 bulan.

    ReplyDelete
  17. Nak asing yang mana satu arnab jantan ke arnab betina?

    ReplyDelete
  18. Salam , sy nak tnya arnab brtina sy dah keguguran bulu dan sy tengok dia jadi semakin agresif . Dan ketika sy nak bagi makan . Dia dah mula menggigit tangan sy . Makan pun sy tgk kuat juga. Mcm mana tu?

    ReplyDelete

There was an error in this gadget